8 DISEMBER 2022
BERITA GLOBAL
Saudara Dubovenko dan Litvinyuk Dijatuhkan Hukuman Penjara Enam Tahun
Pada 30 November 2022, Mahkamah Bandar Armyanskiy di Republik Crimea menyatakan bahawa Saudara Aleksandr Dubovenko dan Saudara Aleksandr Litvinyuk bersalah. Kedua-dua saudara telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan ditahan dengan serta-merta.
Profil
Kita berasa lega untuk tahu bahawa Yehuwa sentiasa di sisi kita semasa kita dilanda cabaran.—Mazmur 139:7-12.
Garis Masa
2 Ogos 2021
Kes jenayah dibuka. Kedua-dua saudara dituduh menggunakan persidangan video untuk menyebarkan kegiatan organisasi ekstremis
5 Ogos 2021
Rumah lapan buah keluarga Saksi-Saksi Yehuwa telah digeledah, termasuk rumah Dubovenko dan Litvinyuk. Saudara Litvinyuk diberkas dan dibawa ke pusat tahanan sementara
6 Ogos 2021
Saudara Litvinyuk dibebaskan daripada pusat tahanan sementara dan kemudiannya ditahan di rumah
9 Ogos 2021
Pihak berkuasa menggeledah rumah Saudara Dubovenko untuk kali kedua. Aleksandr disoal siasat dan ditahan di rumahnya
11 Ogos 2021
Saudara Litvinyuk didakwa mengatur kegiatan organisasi ekstremis
8 Februari 2022
Saudara Dubovenko didakwa mengatur kegiatan organisasi ekstremis
29 April 2022
Perbicaraan kes jenayah bermula. Semasa Saudara Litvinyuk ditahan di rumah, dia telah memohon untuk mendapatkan rawatan doktor tetapi hakim menolak permohonannya itu
8 September 2022
Kedua-dua saudara hanya diizinkan keluar dari rumah antara 7:00 pagi hingga 7:00 malam
30 November 2022
Kedua-dua saudara telah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun