Lompat ke kandungan

Pejabat cawangan Britain di Chelmsford, England. Sisipan: Saudara Kenneth Cook, Jr., menyampaikan ceramah pentahbisan

27 MEI 2024
BERITA GLOBAL

Saudara Saudari dari Pelbagai Negara Menghadiri Pentahbisan Pejabat Cawangan Britain

Saudara Saudari dari Pelbagai Negara Menghadiri Pentahbisan Pejabat Cawangan Britain

Pada 18 Mei 2024, pejabat cawangan Britain di Chelmsford, England, telah ditahbiskan. Saudara Kenneth Cook, Jr., seorang ahli Badan Pimpinan, telah menyampaikan ceramah pentahbisan. Sebanyak 1,518 saudara saudari telah menghadiri program ini yang diadakan di empat auditorium di pejabat cawangan. Beberapa ahli Badan Pimpinan yang lain dan pembantu mereka turut hadir. Terdapat 10,085 orang juga yang hadir melalui persidangan video dari Dewan Perhimpunan dan pusat pendidikan Bible di beberapa tempat di Ireland dan United Kingdom. Antara mereka yang hadir program ini ialah lebih daripada 3,000 daripada kira-kira 11,000 saudara saudari yang membantu dalam pembinaan cawangan ini.

Saudara saudari memberikan perhatian sepenuhnya kepada ceramah pentahbisan yang diadakan di Dewan Perhimpunan East Pennine, Rotherham, England

Pada hari yang berikutnya, sebanyak 172,834 menikmati program rohani istimewa yang juga disiarkan kepada 1,821 sidang di seluruh kawasan cawangan.

Pada minggu sebelum acara pentahbisan, para jemputan dapat buat lawatan Bethel. Pameran yang interaktif juga diatur untuk menunjukkan kerja yang dilakukan di Bethel untuk menyokong kawasan penyebaran cawangan dan seluruh dunia. Contohnya, para pelawat dapat melihat demonstrasi daripada Pasukan Video Serantau tentang proses menyediakan dan menerbitkan video.

Kiri: Seorang saudari menyediakan hidangan ringan. Kanan: Pasukan Video Serantau memberikan demonstrasi tentang cara organisasi kita menerbitkan filem

Saudara saudari memperhatikan Cyrus Cylinder semasa melawat Muzium Britain di London, England

Tambahan lagi, lawatan di luar Bethel juga diatur untuk saudara saudari. Mereka telah melawat tempat-tempat yang bersejarah di London dan wilayah Kent untuk belajar lebih banyak tentang sejarah Bible di England.

Mengenang kembali acara itu, Saudara Richard Cook, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Britain, kata, “Sungguh menakjubkan untuk lihat persaudaraan antarabangsa kita semasa acara yang istimewa ini. Kami juga rasa kagum untuk lihat cara Yehuwa bantu kami menangani cabaran semasa mengaturkan acara ini. Sememangnya, pentahbisan pejabat cawangan ini telah membawa kemuliaan kepada Yehuwa.”

Kita turut bersukacita bersama saudara saudari kita di Britain atas pentahbisan bangunan Bethel yang indah ini kepada Tuhan kita, Yehuwa.—Nehemia 12:43.