Lompat ke kandungan

Seorang saudara di Itali mengendalikan pembelajaran Bible

26 MAC 2020
BERITA GLOBAL

Saudara Saudari di Seluas Dunia Menggunakan Pelbagai Cara Menginjil semasa Wabak Menular

Saudara Saudari di Seluas Dunia Menggunakan Pelbagai Cara Menginjil semasa Wabak Menular

Wabak coronavirus (COVID-19) telah mempengaruhi jutaan Saksi-Saksi Yehuwa di serata dunia. Namun mereka berusaha melakukan rutin rohani dan mengikut arahan pihak berkuasa. Di kawasan cawangan yang mengalami kadar jangkitan yang tinggi, saudara saudari kita menggunakan pelbagai cara yang menarik untuk terus menginjil.

Seorang saudara di Pisa, Itali, berkata, “Kami sangat seronok menginjil! Oleh sebab banyak orang tidak dapat keluar dari rumah, saya dan isteri melihat senarai kenalan dalam telefon dan mengaturkan video call. Kami ada begitu banyak pelajar Bible dan kunjungan kembali, ada yang baru dan ada yang lama. Kami meluangkan masa berjam-jam untuk menginjil dan kami menikmati banyak hasil yang baik.”

Di Korea Selatan, para penyiar kini lebih kerap menggunakan laman web jw.org dan aplikasi JW Library untuk menginjil. Sebagai contoh, seorang saudara telah mendapat mesej daripada bekas pelajar Biblenya yang sudah tiga tahun berhenti belajar Bible. Pelajar Biblenya berkata bahawa wabak yang berlaku ini membuatnya terfikir tentang tanda hari-hari terakhir. Maka saudara kita telah menggunakan ciri “Kongsi Pautan” dalam JW Library untuk menghantar bahan Bible kepadanya melalui mesej. Saudara ini berkata bahawa dia “sangat digalakkan kerana wabak ini telah menggerakkan banyak orang untuk sedar akan keperluan rohani mereka.”

Laporan yang diterima daripada cawangan di seluruh dunia menunjukkan bahawa saudara saudari kita sangat menghargai peluang untuk menjalankan kerja penyebaran. Mereka dengan bijaksana menggunakan cara yang praktikal untuk terus menginjil.—Mikha 6:9.

 

Seorang penyelia litar mengadakan perjumpaan sebelum aktiviti penyebaran di Puerto Rico

Para perintis di Jerman menulis surat bersama-sama melalui videoconference

Sebuah pembelajaran Bible diadakan di Korea Selatan

Sepasang suami isteri di Perancis menginjil melalui telefon

Seorang saudari dan anaknya menulis surat di Hawaii