5 MAC 2020
BERITA GLOBAL
Saudara Sergey Filatov Dijatuhkan Hukuman Penjara Enam Tahun oleh Mahkamah di Crimea
Pada 5 Mac 2020, Mahkamah Daerah Dzhankoysky di Republik Crimea menyatakan bahawa Saudara Sergey Filatov bersalah. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun. Saudara Filatov ialah Saksi pertama di Crimea yang disabitkan bersalah di bawah Kanun Jenayah Rusia. Dia akan membawa kesnya ke mahkamah rayuan.