Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Terbitan pertama The Golden Age (1919), terbitan pertama Consolation (1937), terbitan pertama Awake! (1946), dan salinan elektronik terbitan Awake! No. 2 2019

1 OKTOBER 2019
BERITA GLOBAL

Seratus Tahun Pengeluaran Majalah Sedarlah!

Seratus Tahun Pengeluaran Majalah Sedarlah!

Tanggal 1 Oktober 2019 menandakan ulang tahun penerbitan majalah Sedarlah! yang ke-100. Lebih daripada 280 juta naskhah majalah tersebut diterbitkan dalam 211 bahasa setiap tahun. Sedarlah! merupakan majalah kedua yang paling banyak diterjemahkan dan diedarkan di seluruh dunia. Majalah Menara Pengawal pula menduduki tempat pertama.

Saudara Samuel Herd, seorang ahli Badan Pimpinan, berkata, “Sedarlah! telah membangkitkan minat ramai orang tentang mesej Bible dengan membahaskan pelbagai topik. Walaupun rupa dan formatnya sudah berubah beberapa kali, majalah itu masih menjadi alat yang berkesan dalam kerja penyebaran kita. Kita memang teruja untuk melihat penerbitan majalah Sedarlah! mencapai 100 tahun. Hal itu membuktikan bahawa kuasa suci Tuhan sedang membimbing kita.”

Pada mulanya, majalah itu berjudul The Golden Age. Pengeluarannya diumumkan semasa konvensyen yang bersejarah di Cedar Point, Ohio, Amerika Syarikat, pada September 1919. Pada 1937, nama majalah tersebut diubah menjadi Consolation yang bermaksud kelegaan hati untuk menegaskan bahawa manusia amat memerlukannya. Kemudian pada 1946, majalah itu dinamakan Awake! (Sedarlah!) untuk menekankan bahawa para pembaca perlu menyedari pentingnya kata-kata Bible mengenai zaman kita.

Pada 11 Ogos 1946, para hadirin konvensyen Saksi-Saksi Yehuwa di Cleveland, Ohio, memegang majalah Awake! yang baru diedarkan

Kita sangat gembira atas pencapaian yang bersejarah ini. Kita akan terus menggunakan majalah Sedarlah! dalam kerja pendidikan Bible untuk “memberikan kesaksian yang menyeluruh tentang berita baik.”—Kisah 20:24.