Lompat ke kandungan

Gambaran keseluruhan kawasan di luar Beira, Mozambique yang terjejas akibat Siklon Idai

27 MAC 2019
BERITA GLOBAL

Siklon Idai Melanda Bahagian Tenggara Afrika

Siklon Idai Melanda Bahagian Tenggara Afrika

Pada hari Khamis, 14 Mac 2019, Siklon Idai melanda Mozambique, Malawi, dan Zimbabwe. Akibatnya, jalan raya, rumah, dan bangunan telah musnah. Kira-kira 2.6 juta orang juga terpengaruh dengan bencana itu. Siklon Idai merupakan salah satu ribut paling teruk yang pernah melanda Hemisfera Selatan, yang telah menyebabkan 200 orang meninggal. Sedih sekali, terdapat dua saudari dan dua kanak-kanak yang merupakan penyiar belum dibaptis di Mozambique telah terkorban dalam badai tersebut. Seorang saudara yang berumur 14 tahun di Zimbabwe turut terkorban apabila rumahnya musnah akibat ditimbus tanah runtuh.

Dewan Perjumpaan Inhamízua di Mozambique yang mengalami kerosakan teruk akibat Siklon Idai

Pejabat cawangan di Mozambique melaporkan bahawa banyak rumah saudara saudari dan Dewan Perjumpaan rosak dan musnah. Pejabat cawangan di Zimbabwe mengesahkan bahawa 15 buah rumah saudara saudari dan 2 buah Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan. Pejabat cawangan di Malawi pula melaporkan bahawa terdapat 764 buah rumah saudara saudari telah musnah, 201 buah rumah mengalami kerosakan, dan dua buah Dewan Perjumpaan turut mengalami kerosakan. Terdapat enam Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan kemanusiaan: Dua di Mozambique dan empat di Malawi.

Di Malawi, beberapa batang pokok digunakan untuk menyokong bumbung dua buah rumah saudara saudari selepas dinding runtuh.

Kami tumpang sedih melihat saudara saudari menderita akibat bencana ini. Kami berdoa agar mereka terus percaya kepada Yehuwa yang mengurniakan kedamaian yang berlimpah.—Roma 15:13.