Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Saudara Taras Kuzo dan isterinya, Darya; Saudara Sergey Lyulin; Saudara Petr Zhiltsov

27 SEPTEMBER 2022 | DIKEMASKINIKAN: 22 MAC 2024
BERITA GLOBAL

TERKINI—MEMBATALKAN SABITAN | Atasi Rasa Tawar Hati dengan Bantuan Yehuwa

TERKINI—MEMBATALKAN SABITAN | Atasi Rasa Tawar Hati dengan Bantuan Yehuwa

Pada 21 Mac 2024, Mahkamah Agung Republik Crimea telah membatalkan sabitan Saudara Taras Kuzo dan isterinya Saudari Darya Kuzo, serta Saudara Sergey Lyulin dan Petr Zhiltsov. Mereka telah dibebaskan daripada tahanan. Kes mereka juga akan dikembalikan kepada Mahkamah Bandar Yalta di Republik Crimea untuk dibicarakan semula.

Pada 27 Februari 2023, Mahkamah Bandar Yalta di Republik Crimea mensabitkan Saudara Taras Kuzo dan isterinya Saudari Darya Kuzo, serta Saudara Sergey Lyulin dan Petr Zhiltsov. Darya dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama tiga tahun. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini. Taras dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun setengah. Sergey dan Petr pula dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun satu bulan. Ketiga-tiga saudara itu ditahan sejurus selepas perbicaraan mahkamah.

Garis Masa

  1. 4 Mac 2021

    Kes jenayah dibuka terhadap Taras. Dia dituduh memberi sokongan kewangan bagi organisasi ekstremis

  2. 11 Mac 2021

    Sembilan rumah Saksi-Saksi Yehuwa digeledah, termasuk rumah Kuzo dan Sergey. Taras ditahan sementara

  3. 12 Mac 2021

    Taras dibebaskan dan ditahan di rumah tetapi tidak dibenarkan tinggal bersama keluarganya

  4. 29 Julai 2021

    Kes jenayah dibuka terhadap Darya, Petr, dan Sergey. Petr dihantar ke pusat tahanan sementara

  5. 30 Julai 2021

    Kes-kes jenayah digabungkan. Petr dibebaskan dan ditahan di rumah

  6. 11 Ogos 2021

    Sergey ditangkap dan dihantar ke tahanan sebelum perbicaraan yang sejauh kira-kira 800 kilometer. Semasa perjalanan selama 16 jam itu, tangannya digari pada batang besi di atas kepalanya manakala kakinya diikat pada kerusi

  7. 1 Mac 2022

    Sergey dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah

  8. 4 April 2022

    Perbicaraan mahkamah bermula

  9. 11 Julai 2022

    Petr, Sergey, dan Taras dibebaskan dari tahanan rumah dan dikenakan sekatan perjalanan

Profil

Umat yang setia mungkin rasa “terhimpit sehingga tidak dapat bergerak” semasa di penjara, tahanan sementara, atau ditahan di rumah. Namun, Yehuwa sama sekali tidak akan meninggalkan mereka yang ditentang demi nama-Nya.—2 Korintus 4:8, 9.