9 MEI 2022
BERITA GLOBAL
TERKINI—PARA SAUDARA DIPENJARAKAN | Keluarga-Keluarga di Crimea Bertabah dengan Bantuan Yehuwa
Pada 6 Oktober 2022, Mahkamah Daerah Nakhimovskiy di Sevastopol menyatakan Saudara Vladimir Maladyka, Vladimir Sakada, dan Yevgeniy Zhukov bersalah. Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara enam tahun. Hukuman mereka berkuat kuasa dengan serta-merta.
Garis Masa
1 Oktober 2020
Ejen FSB (Agensi Keselamatan Persekutuan) telah menggeledah rumah sembilan keluarga Saksi-Saksi Yehuwa di Sevastopol, termasuk rumah milik keluarga Maladyka, Sakada, dan Zhukov. Semasa menggeledah rumah keluarga Maladyka, ejen FSB menjumpai sebungkus tepung susu dan mendakwa bahawa kandungannya menyerupai dadah. Saudara Maladyka dan isterinya Nataliya dihantar ke pusat psikiatrik untuk pemeriksaan. Nataliya dibebaskan pada hari yang sama. Saudara Maladyka, Sakada, dan Zhukov ditahan buat sementara dan dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan pada hari seterusnya
23 Mac 2021
Saudara Sakada dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah. Alat penjejak dipasang padanya, dan dia dilarang menggunakan Internet, membuat panggilan telefon, atau berkomunikasi dengan saudara-saudara lain yang terlibat dalam kes yang sama
30 Mac 2021
Saudara Maladyka dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah
17 Mei 2021
Saudara Zhukov dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan setelah dikurung untuk lebih daripada tujuh bulan dan ditahan di rumah
30 September 2021
Perbicaraan bermula
Profil
Kita yakin bahawa Yehuwa akan menguatkan hati saudara-saudara ini dan semua rakan seiman yang dianiaya di Crimea.—1 Tesalonika 3:12, 13.