23 JANUARI 2024 | DIKEMASKINIKAN: 18 APRIL 2024
BERITA GLOBAL
TERKINI—SAUDARA DISABITKAN BERSALAH | “Tiada Apa-Apa yang Mustahil bagi Orang yang Beriman”
Pada 16 April 2024, Mahkamah Daerah Nakhimovskiy di bandar Sevastopol mensabitkan Saudara Maksim Zinchenko. Dia dijatuhkan hukuman buruh paksa selama dua tahun. Dia akan dipenjarakan dan menjalankan khidmat awam di lokasi yang ditentukan.
Profil
Kita yakin bahawa Yehuwa akan memberkati keberanian dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Maksim dan semua hamba-Nya yang melakukan kehendak-Nya dengan setia.—Ibrani 10:35, 36.
Garis Masa
17 Mei 2023
Didakwa terlibat dalam kegiatan organisasi yang ekstremis
22 Mei 2023
Rumahnya digeledah. Maksim dan Karina disoal siasat. Maksim dimasukkan ke pusat tahanan sementara
24 Mei 2023
Maksim dibebaskan dan ditahan di rumah
12 Julai 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula