Lompat ke kandungan

Angin kencang dan hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Fiona mengakibatkan kerosakan teruk

26 SEPTEMBER 2022
BERITA GLOBAL

Taufan Fiona Membadai Caribbean

Taufan Fiona Membadai Caribbean

Pada 18 September 2022, Puerto Rico dan pulau-pulau yang berdekatan dilanda Taufan Fiona dengan angin kencang yang kelajuannya mencapai 160 kilometer sejam (100 mph) dan sehingga 75 sentimeter hujan. Taufan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus serta memusnahkan jalan dan jambatan bagi ribuan orang. Maka, pihak berkuasa hadapi kesusahan untuk salurkan makanan, air, serta ubat-ubatan kepada mereka yang terkesan oleh ribut itu.

Kesan terhadap Saudara Saudari

Puerto Rico, Saint Kitts dan Nevis, Turks dan Caicos

  • Tiada saudara saudari yang terbunuh

  • 4 penyiar alami cedera ringan

  • 75 penyiar terpaksa berpindah

  • 140 rumah alami sedikit kerosakan

  • 18 rumah alami kerosakan teruk

  • 1 rumah musnah

Republik Dominika

  • Tiada saudara saudari yang terbunuh

  • 58 penyiar terpaksa berpindah

  • 57 rumah alami sedikit kerosakan

  • 26 rumah alami kerosakan teruk

  • 2 rumah musnah

  • 2 Dewan Perjumpaan alami kerosakan kecil

  • 2 Dewan Perjumpaan alami kerosakan besar

Guadeloupe dan Martinique

  • Tiada saudara saudari yang terbunuh

  • 16 penyiar terpaksa berpindah

  • 43 rumah alami sedikit kerosakan

  • 2 rumah alami kerosakan teruk

  • 13 Dewan Perjumpaan alami kerosakan kecil

Bantuan yang Dihulurkan

  • Penyelia litar dan penatua tempatan menghulurkan bantuan praktikal serta melegakan dan menggalakkan keluarga yang terjejas

  • Aturan sedang dibuat untuk sediakan bantuan kemanusiaan serta membaiki rumah keluarga yang terkesan

  • Semua usaha untuk membantu mangsa dilakukan selaras dengan garis panduan keselamatan COVID-19

Kita tahu bahawa saudara saudari yang terjejas dengan ribut tersebut akan mendapat kelegaan hati daripada tindakan kasih yang ditunjukkan oleh persaudaraan Kristian kita.—Kisah 11:29.