Lompat ke kandungan

Taufan Ian mengakibatkan kemusnahan teruk dan bekalan elektrik terputus bagi jutaan orang di Cuba dan Amerika Syarikat

4 OKTOBER 2022
BERITA GLOBAL

Taufan Ian Menyebabkan Kemusnahan Teruk

Taufan Ian Menyebabkan Kemusnahan Teruk

Pada 27 September 2022, Taufan Ian membadai Cuba. Keesokan harinya, taufan itu melepasi bahagian barat daya Florida dengan membawa ribut Kategori Empat. Taufan Ian ialah salah satu ribut paling kuat melanda Amerika Syarikat dengan kelajuan angin yang mencapai 240 kilometer sejam (150 mph). Taufan itu bergerak menyeberangi beberapa negeri menuju ke arah Lautan Atlantik. Akibatnya, seluruh kawasan kejiranan dimusnahkan, bekalan elektrik terputus dengan meluas, jalan dan jambatan rosak teruk, serta banyak tanah dibanjiri. Kemudian, taufan itu membadai Carolina Selatan.

Taufan yang meragut nyawa itu menyebabkan lebih daripada 12,000 penyiar di Florida sama ada terpaksa meninggalkan rumah atau dipindahkan.

Para penyelia litar berganding bahu dengan wakil-wakil Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan untuk membantu para penatua menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa.

Kesan terhadap Saudara Saudari

Cuba

  • Sedihnya, seorang saudara terkorban

  • 2 saudara cedera ringan

  • 300 rumah alami kerosakan kecil

  • 491 rumah alami kerosakan besar

  • 63 rumah musnah

  • 40 tempat perjumpaan alami kerosakan teruk

  • 1 tempat perhimpunan alami sedikit kerosakan

  • 3 tempat perhimpunan alami kerosakan besar

Florida

  • Tiada saudara saudari kita yang meninggal akibat taufan itu

  • 2 penyiar alami kecederaan ringan

  • 5,874 penyiar masih tidak dapat pulang ke rumah mereka

  • 1,559 alami kerosakan kecil

  • 367 alami kerosakan besar

  • 47 rumah musnah

  • 329 rumah telah dibaiki dan selamat untuk tinggal

  • 71 rumah telah dibaiki

  • 38 bangunan yang digunakan oleh Saksi-Saksi Yehuwa alami sedikit kerosakan

  • 1 Dewan Perjumpaan alami kerosakan teruk

  • 1 Dewan Perhimpunan alami kerosakan besar

Carolina Selatan

  • Tiada saudara saudari kita yang cedera atau meninggal akibat taufan itu

  • 35 penyiar terpaksa berpindah

  • 13 rumah alami kerosakan kecil

Bantuan yang Dihulurkan

  • Penyelia litar dan penatua tempatan menghulurkan bantuan praktikal serta melegakan dan menggalakkan keluarga yang terjejas

  • 14 pusat bantuan sementara didirikan di Florida untuk membantu saudara saudari yang terpaksa melarikan diri

  • Jawatankuasa Bantuan Bencana ditubuhkan di Florida dan Cuba untuk menyelia kerja bantuan kemanusiaan

  • Semua usaha untuk membantu mangsa dilakukan selaras dengan garis panduan keselamatan COVID-19

Saudara-saudari kita rela membantu rakan seiman mereka yang alami bencana. Kita dapat lihat kebenaran kata-kata pemazmur yang berbunyi, “Orang yang percaya kepada Yehuwa akan dilimpahi kasih setia-Nya.”—Mazmur 32:10.