Lompat ke kandungan

Kawasan Florida, A.S. mengalami banyak kemusnahan akibat Taufan Idalia

7 SEPTEMBER 2023
BERITA GLOBAL

Taufan Idalia Membadai Barat Cuba dan Tenggara Amerika Syarikat

Taufan Idalia Membadai Barat Cuba dan Tenggara Amerika Syarikat

Pada 29 Ogos 2023, Ribut Tropika Idalia membadai bahagian barat Cuba di wilayah Pinar del Río. Ribut tersebut membawa angin kencang dan hujan yang lebat. Kemudian, ribut ini bertambah kuat dan menjadi taufan kategori 3 dengan kelajuan angin lebih daripada 200 kilometer sejam. Pada 30 Ogos 2023, Taufan Idalia telah melanda Pantai Keaton yang terletak di Pantai Teluk Florida, Amerika Syarikat. Taufan Idalia kemudiannya menjadi lemah dan berubah kepada ribut tropika. Akibatnya, ini menyebabkan angin kencang, hujan lebat, dan banjir, serta bekalan elektrik terputus di banyak kawasan Florida, Georgia, Carolina Utara, dan Carolina Selatan.

Kesan terhadap Saudara Saudari

Cuba

  • Tiada saudara saudari yang terkorban

  • 1 penyiar terpaksa berpindah

  • 1 rumah musnah

  • 12 rumah mengalami sedikit kerosakan

Amerika Syarikat

  • Tiada saudara saudari yang terkorban

  • 1 penyiar mengalami kecederaan ringan

  • 1,297 penyiar terpaksa berpindah

  • 4 rumah musnah

  • 12 rumah mengalami kerosakan yang teruk

  • 61 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan yang teruk

  • 3 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Di Cuba dan Amerika Syarikat, para penatua tempatan dan penyelia litar sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mangsa bencana

Kita yakin bahawa Yehuwa akan terus menyokong rakan seiman kita yang terjejas akibat Taufan Idalia.—Yesaya 63:9.