15 JUN 2023
HAITI
Banjir yang Teruk Melanda Haiti
Pada 2-3 Jun 2023, hujan lebat telah menyebabkan banjir yang teruk di beberapa kawasan Haiti. Laporan menyatakan bahawa terdapat beribu-ribu rumah ditenggelami air dan memberikan kesan kepada hampir 40,000 keluarga. Lebih daripada 13,500 orang terpaksa berpindah dan sekurang-kurangnya 50 orang terkorban.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Tiada saudara saudari yang terkorban
1 saudara dan 1 saudari tercedera
60 penyiar terpaksa berpindah
1 rumah musnah
3 rumah mengalami kerosakan yang teruk
19 rumah mengalami sedikit kerosakan
Tiada Dewan Perjumpaan atau bangunan teokratik yang mengalami kerosakan
Bantuan yang Dihulurkan
Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada saudara saudari yang menjadi mangsa bencana itu
Sidang-sidang tempatan sedang menyokong kerja bantuan bencana
Kita yakin bahawa “Yehuwa akan memberikan kekuatan” kepada saudara saudari kita yang terkesan oleh banjir di Haiti.—Mazmur 29:11.