18 OGOS 2021
HAITI
Gempa Bumi Kuat Menggegarkan Haiti
Pada 14 Ogos 2021, gempa bumi berskala 7.2 magnitud menggegarkan barat daya Haiti. Ini diikuti beberapa gempa bumi kecil. Tahap kerosakan masih sedang dinilai.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Sedihnya, 2 saudari dan 1 saudara meninggal
21 saudara saudari tercedera
119 rumah dirosakkan
72 rumah musnah sama sekali
5 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan
4 Dewan Perjumpaan dirosakkan dengan teruk
Bantuan yang Dihulurkan
Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) sedang mengaturkan bantuan kemanusiaan. DRC berganding bahu dengan 2 penyelia litar dan para penatua di kawasan yang terjejas untuk menghulurkan bantuan praktikal dan melegakan hati saudara saudari
DRC sedang menyelia pengedaran barang keperluan seperti selimut, pakaian, makanan, ubat-ubatan, kain terpal kanvas, dan air. Mereka juga memastikan bahawa saudara saudari yang tercedera mendapat rawatan perubatan
Semua langkah keselamatan COVID-19 dipatuhi semasa membantu mangsa bencana
Walaupun keadaan ini mencabar, kebanyakan sidang di kawasan yang terkesan telah mengadakan perjumpaan hujung minggu menerusi persidangan video pada Ahad, 15 Ogos. Saudara saudari telah menikmati program sesi pagi Ahad untuk konvensyen “Iman Menguatkan Kita!”
Kita turut bersedih atas rakan-rakan seiman kita yang meninggal. Kita berdoa bagi saudara saudari yang berkabung atau menderita secara fizikal dan emosi akibat gempa bumi ini. Kita yakin bahawa Yehuwa melihat kepedihan mereka dan akan terus menjadi tempat naungan dan kekuatan mereka pada masa kesusahan ini.—Mazmur 46:1, 2.