Lompat ke kandungan

Tayar yang terbakar menghalang sebuah jalan di Port-au-Prince, Haiti

19 MAC 2024
HAITI

Saudara Saudari Menghadapi Pergolakan Sivil di Haiti

Saudara Saudari Menghadapi Pergolakan Sivil di Haiti

Pada tahun-tahun belakangan ini, rakan seiman kita telah dilanda banyak kesusahan akibat keganasan kumpulan jenayah dan pergolakan sivil di Haiti. Masalah ini telah memuncak pada 2 Mac 2024 ketika kumpulan bersenjata menyerang infrastruktur penting di ibu kota Haiti, iaitu Port-au-Prince. Pihak kerajaan telah mengumumkan darurat dan perintah berkurung. Laporan menyatakan bahawa kira-kira 15,000 orang terpaksa melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di Haiti dan puluhan mangsa telah terkorban.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban

  • 113 saudara saudari terpaksa berpindah

  • 2 rumah musnah

  • 5 keluarga hilang semua harta benda akibat dicuri

  • Tiada Dewan Perjumpaan yang rosak atau musnah

Bantuan yang Dihulurkan

  • 4 Jawatankuasa Bantuan Bencana ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan bencana di seluruh kawasan cawangan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas, termasuk mereka yang telah melarikan diri dari kawasan yang tidak selamat akibat keganasan yang berlaku

Sebagai sebuah keluarga rohani, kita berdoa agar Yehuwa menenangkan rakan seiman kita di Haiti serta memberi mereka kebijaksanaan pada waktu yang susah ini. Kita semua amat menantikan masanya janji Yehuwa ditunaikan. Ketika itu, kita dapat menikmati “kedamaian yang melimpah” di dunia yang baharu.—Mazmur 72:7.