Lompat ke kandungan

Banjir di Vadodara, Gujarat, salah satu kawasan yang terjejas

16 OGOS 2019
INDIA

Banjir Melanda Bahagian Barat India

Banjir Melanda Bahagian Barat India

Menurut sebuah media berita, banjir yang melanda India telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 169 orang di bahagian barat India, iaitu Gujarat, Maharashtra, Karnataka, dan Kerala.

Pejabat cawangan India melaporkan bahawa tiada saudara saudari kita yang terbunuh atau tercedera akibat banjir itu. Berikut merupakan maklumat yang disampaikan oleh pejabat cawangan.

Gujarat: Di bandar Vadodara, sejumlah 145 orang penyiar telah menjadi mangsa bencana itu. Pejabat penterjemahan Gujarati, yang terletak di Vadodara tidak mengalami apa-apa kerosakan.

Maharashtra: Di Mumbai, enam buah rumah keluarga turut terjejas. Di bandar Sangli, yang terletak kira-kira 378 kilometer di bahagian tenggara Mumbai, terdapat 25 orang penyiar yang perlu dipindahkan. Mereka menetap sementara dengan saudara saudari yang tinggal berdekatan bandar itu.

Karnataka: Enam buah keluarga telah dipindahkan kerana banjir tersebut. Pejabat cawangan yang terletak di bandar itu tidak terjejas dengan hujan lebat atau banjir itu.

Kerala: Kira-kira 100 buah keluarga telah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi dan tinggal sementara dengan Saksi-Saksi Yehuwa yang lain. Jawatankuasa Bantuan Bencana sedang memeriksa situasi di situ.

Pejabat cawangan sedang menyelia kerja bantuan kemanusiaan di kawasan yang terjejas. Penyelia litar dan ahli-ahli Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan telah bekerja bertungkus-lumus untuk membantu saudara saudari kita. Mereka menyediakan keperluan asas, seperti air minuman, dan juga galakan daripada ayat-ayat Bible.

Kami berdoa semoga Yehuwa terus menyertai saudara saudari yang menjadi mangsa banjir. Kami menantikan saatnya apabila bencana alam akan digantikan dengan “kedamaian yang berlimpah-limpah.”—Mazmur 37:11.