22 NOVEMBER 2023
INDIA
Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Nicobar
Pada 10 November 2023, Bible—Berita Baik Menurut Matius telah dikeluarkan dalam bahasa Nicobar. Pengeluaran ini dibuat semasa Konvensyen Serantau “Teruslah Bersabar!” yang diadakan di bandar Port Blair, Kepulauan Andaman dan Nicobar, India. Seramai 180 orang telah menghadiri acara itu. Sejurus selepas pengumuman itu dibuat, para hadirin dapat memuat turun buku Matius dalam bentuk digital. Salinan bercetak akan disediakan pada masa depan.
Kepulauan Andaman dan Nicobar terletak di Lautan Hindi. Terdapat lebih daripada 800 pulau-pulau kecil dan 31 daripadanya mempunyai penduduk. Sekitar 30,000 orang daripada 430,000 orang penduduk di pulau-pulau itu menuturkan bahasa Nicobar. Sidang bahasa Nicobar yang pertama ditubuhkan pada 2001. Kini, terdapat 129 penyiar yang berkhidmat dalam tiga sidang bahasa Nicobar.
Satu-satunya Bible bahasa Nicobar yang tersedia mempunyai nama Yehuwa di Mazmur 83:18 dan di beberapa ayat lain. Tapi nama Tuhan tidak digunakan dalam buku Matius. Banyak perkataan yang digunakan dalam Bible itu juga lapuk dan susah difahami. Pengeluaran baharu ini bukan sahaja menggunakan nama Tuhan Yehuwa sebanyak 18 kali dalam buku Matius, tapi juga jelas dan mudah difahami.
Kita yakin bahawa pengeluaran buku Matius ini akan bantu lebih banyak orang yang berbahasa Nicobar untuk menghampiri Pencipta kita, Yehuwa.—Mazmur 36:9.