28 NOVEMBER 2023
INDIA
Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Konkani (Rumi)
Pada 17 November 2023, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu telah dikeluarkan dalam bahasa Konkani (Rumi). Pengeluaran ini dibuat semasa Konvensyen Serantau “Teruslah Bersabar!” di Margao, India. Versi digital juga tersedia kepada hadirin yang berjumlah 413 orang. Edisi bercetak juga akan disediakan pada masa depan.
Terdapat lebih daripada tiga juta orang yang menuturkan bahasa Konkani di kawasan barat India. Bahasa ini ditulis dalam lima jenis huruf yang berbeza. Bahasa Konkani (Rumi) digunakan oleh kira-kira 500,000 orang yang tinggal di Goa, India. Kini, terdapat lebih daripada 400 penyiar yang berkhidmat di tujuh sidang bahasa Konkani (Rumi). Sebelum pengeluaran ini, hanya terdapat satu terjemahan Bible sekular dalam bahasa Konkani (Rumi).
Penggunaan ungkapan yang jelas dan moden membantu pembaca untuk memahami sifat-sifat Yehuwa dengan lebih mudah. Seorang saudara kata, “Terjemahan Bible yang kami guna sebelum ini menterjemahkan kata-kata Yesus di Yohanes 21:17 sebagai ‘peliharalah bebiriku.’ Namun, Terjemahan Dunia Baharu menterjemahkan ungkapan ini sebagai ‘peliharalah anak bebiriku.’ Ungkapan ini bantu saya renungkan kasih Yehuwa dan Yesus terhadap kita.”
Kita sangat bersyukur kepada Yehuwa atas pengeluaran ini. Kita yakin lebih ramai orang akan dibantu untuk terus mengenali dan menghampiri Yehuwa.—Mazmur 25:14.