Lompat ke kandungan

28 NOVEMBER 2018
INDIA

Siklon Gaja Melanda India

Siklon Gaja Melanda India

Pada 16 November 2018, Siklon Gaja melanda Tamil Nadu, di selatan India. Sekurang-kurangnya 46 orang maut, kira-kira 250,000 orang telah dipindahkan, dan lebih daripada 85,000 buah rumah yang musnah atau mengalami kerosakan.

Rumah salah seorang saudara di Mannargudi, Tamil Nadu, rosak akibat pokok yang tumbang.

Pejabat cawangan di India melaporkan bahawa tiada saudara saudari yang tercedera atau terkorban akibat taufan itu. Namun, 38 buah rumah saudara saudari dan dua buah Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan. Pejabat cawangan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan Bencana untuk menyelia kerja bantuan kemanusiaan, termasuk pengagihan makanan dan minuman kepada Saksi yang menjadi mangsa.

Kami berdoa agar melalui para penatua yang pengasih, saudara saudari di India yang menjadi mangsa Siklon Gaja mendapat kelegaan hati daripada Yehuwa.—1 Petrus 5:2.