Lompat ke kandungan

17 OGOS 2018
INDIA

Tanah Runtuh yang Teruk di Bahagian Barat Daya India

Tanah Runtuh yang Teruk di Bahagian Barat Daya India

Kawasan Kerala di India ditimpa hujan monsun yang teruk sehingga menyebabkan 25 kejadian tanah runtuh dan sekurang-kurangnya 75 orang terkorban. Jabatan Meteorologi India melaporkan bahawa hujan monsun barat daya tersebut merupakan hujan paling lebat yang pernah berlaku dalam sejarah di kawasan itu.

Kami berdukacita menerima laporan daripada pejabat cawangan India bahawa satu pasangan Saksi yang berumur 60-an dan seorang pelajar Bible telah meninggal akibat tanah runtuh. Selain itu, dua pelajar Bible cedera parah dan sedang dirawat di hospital. Seorang lagi saudara yang berumur 17 tahun mati lemas semasa mencuba menyelamatkan jirannya.

Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) telah dibentuk untuk memantau keadaan dan menyelia kerja bantuan kemanusiaan. Beberapa Dewan Perjumpaan digunakan sebagai tempat untuk menyediakan bantuan. Laporan sebelumnya menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 46 buah rumah saudara saudari rosak atau musnah. Sekitar 85 buah keluarga, yang merangkumi 475 orang penyiar, dipindahkan buat sementara waktu, dan kebanyakan daripada mereka sekarang tinggal di rumah para Saksi tempatan atau saudara-mara. Beberapa Dewan Perjumpaan juga dilaporkan telah dibanjiri air hujan. DRC terus memantau keadaan di sana memandangkan laporan cuaca meramalkan bahawa hujan yang lebat mungkin akan menimpa lagi.

Wakil pejabat cawangan, penyelia litar, dan para penatua di kawasan itu telah melawat saudara saudari yang menjadi mangsa bencana untuk memberikan galakan dan kelegaan daripada Firman Tuhan.

Kami berdoa untuk semua saudara saudari yang menjadi mangsa bencana ini. Kami menanti-nantikan saatnya apabila bencana alam dan penderitaan tidak akan ada lagi.—Wahyu 21:3, 4.