Lompat ke kandungan

28 MAC 2019
INDONESIA

Banjir Kilat di Indonesia

Banjir Kilat di Indonesia

Pada 16 Mac 2019, hujan lebat melanda bahagian timur wilayah Papua, Indonesia. Akibatnya, banjir kilat yang berlaku telah meragut nyawa lebih daripada 100 orang dan memusnahkan beberapa buah rumah.

Pejabat cawangan Indonesia melaporkan bahawa ramai saudara saudari yang tinggal di bandar Sentani di wilayah Papua turut merasakan impak bencana ini. Sedih sekali, salah seorang saudara meninggal apabila rumahnya dihanyutkan banjir itu. Selain itu, tiga buah rumah keluarga Saksi mengalami kerosakan yang teruk. Lebih daripada 40 orang penyiar telah dipindahkan dan kebanyakan daripada mereka sekarang tinggal di rumah para Saksi tempatan. Sebuah Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan kemanusiaan. Wakil pejabat cawangan dan penyelia litar di kawasan itu telah melawat saudara saudari yang menjadi mangsa bencana serta memberikan galakan dan kelegaan daripada Firman Tuhan. Mereka juga menilai seberapa banyak bantuan yang diperlukan.

Kami berdoa untuk semua saudara saudari yang menjadi mangsa bencana ini. Kami menanti-nantikan saatnya apabila Yehuwa “melenyapkan kematian buat selama-lamanya” dan “menghapuskan air mata daripada setiap wajah.”—Yesaya 25:8.