Lompat ke kandungan

Gempa bumi di Indonesia mengakibatkan kerosakan teruk

23 NOVEMBER 2022
INDONESIA

Gempa Bumi Menggegarkan Indonesia

Gempa Bumi Menggegarkan Indonesia

Pada 21 November 2022, gempa bumi yang berskala 5.6 menggegarkan kawasan berdekatan bandar Cianjur, Jawa Barat, Indonesia. Akibatnya, lebih daripada 260 orang terkorban dan ratusan tercedera. Puluhan orang dilaporkan hilang manakala ribuan lagi terpaksa meninggalkan rumah. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan komunikasi terjejas.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari kita yang terbunuh, dan tiada seorang pun daripada 132 penyiar di kawasan terlibat yang hilang

  • 5 rumah alami kerosakan kecil

  • Tiada Dewan Perjumpaan dan Dewan Perhimpunan yang rosak

Bantuan yang Dihulurkan

  • Aturan dibuat agar penyiar membantu saudara saudari yang lanjut usia jika berlaku gempa bumi yang seterusnya

  • Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana ditugaskan untuk membantu sidang-sidang

  • Penyelia litar mengunjungi sidang-sidang yang terkesan untuk memberi kelegaan dan galakan daripada Bible

  • Semua usaha untuk membantu mangsa dilakukan selaras dengan garis panduan keselamatan COVID-19

Kita yakin bahawa Yehuwa akan melegakan hati saudara saudari kita pada masa yang susah ini.—Mazmur 50:15.