26 FEBRUARI 2020
INDONESIA
Jabatan Pendidikan Bandar di Indonesia Menghormati Kepercayaan Agama Dua Remaja Saksi
Pada 22 Januari 2020, Jabatan Pendidikan Bandar di Indonesia telah mengarahkan agar pihak sekolah menerima semula dua remaja Saksi, iaitu Daniel Hutabarat dan Wilhinson Sihotang. Pada 29 November 2019, mereka telah dibuang sekolah kerana enggan tabik bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan. Pada 23 Januari 2020, mereka telah diterima kembali oleh sekolah.
Jabatan Pendidikan Bandar menyimpulkan bahawa walaupun saudara-saudara kita enggan terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Bible, mereka tetap menghormati guru-guru, pengetua sekolah, dan pihak berkuasa. Saudara Yoga Sulistiono, yang menyelia Bahagian Maklumat Umum di pejabat cawangan di Indonesia, berkata, “Saksi-Saksi Yehuwa di Indonesia sangat bersyukur atas keputusan itu. Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa yang menghormati kebebasan beragama kami.”
Sememangnya, kita sangat bersyukur kepada Yehuwa, Pendidik Agung kita, kerana telah membantu kita dalam hal ini.—Yesaya 30:20.