Lompat ke kandungan

21 MEI 2021
ISRAEL

Konflik di Israel dan Wilayah-Wilayah Palestin

Konflik di Israel dan Wilayah-Wilayah Palestin

Lokasi

Israel dan Wilayah-Wilayah Palestin

Bencana

  • Pada 10 Mei 2021, konflik bersenjata tercetus di Israel dan wilayah-wilayah Palestin yang meragut nyawa ramai orang

    Sepasang perintis khas berlindung di tempat selamat semasa pihak berkuasa membunyikan amaran

  • Pergolakan yang ganas ini menyebabkan kerosakan harta benda peribadi dan awam, di bandar Israel yang terdiri daripada penduduk Yahudi dan Arab

Kesan terhadap saudara saudari

  • Seramai lebih daripada 2,000 penyiar tinggal di Israel dan wilayah-wilayah Palestin tetapi tiada sesiapa pun yang tercedera

  • 73 penyiar terpaksa melarikan diri dari rumah, termasuk 15 pekhidmat khas sepenuh masa yang tidak tinggal di Bethel. Buat sementara, 13 ahli Bethel perlu berkongsi apartmen yang dilengkapi dengan tempat perlindungan bom

Kerosakan rumah dan harta

  • 6 rumah mengalami kerosakan kecil

Bantuan yang dihulurkan

  • Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana menyelia bantuan kemanusiaan dan berganding bahu dengan penyelia litar serta penatua tempatan untuk menghulurkan bantuan praktikal

  • Penyelia litar juga bekerjasama dengan penatua untuk memberi kelegaan hati daripada Firman Tuhan kepada penyiar yang terkesan

  • Semua yang terlibat mematuhi protokol keselamatan COVID-19

Perjumpaan sidang tidak terjejas kerana semua acara rohani diadakan menerusi persidangan video. Pada 15 Mei 2021, saudara saudari dapat menonton perhimpunan litar secara langsung dengan menggunakan JW StreamStudio. Siaran program sesi petang tergendala tiga kali kerana pihak berkuasa membunyikan penggera amaran. Dengan demikian, saudara saudari mempunyai masa untuk berlindung sementara di tempat yang selamat, seperti di bawah tangga atau tempat perlindungan bom. Biarpun konflik berlaku, seramai 804 penyiar mendengar program perhimpunan litar dalam bahasa Ibrani melalui sambungan Internet. Selain itu, 297 penyiar mendengarnya dalam bahasa Tagalog. Pada 22 Mei 2021, lima sidang bahasa Arab di Israel dan wilayah-wilayah Palestin akan mengadakan perhimpunan litar.

Saudara saudari kita yang tabah mengharungi situasi yang mencabar ini masih terus menaruh keyakinan pada Yehuwa dan menjadikan-Nya tempat naungan mereka.—Mazmur 91:1, 2, 5.