Lompat ke kandungan

10 MEI 2022
ISRAEL

Terjemahan Dunia Baharu yang Lengkap Dikeluarkan dalam Bahasa Ibrani Moden

Terjemahan Dunia Baharu yang Lengkap Dikeluarkan dalam Bahasa Ibrani Moden

Baru-baru ini, semua sidang bahasa Ibrani di kawasan pejabat cawangan Israel diberitahu bahawa Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang lengkap dalam bahasa Ibrani moden dapat dimuat turun mulai 2 Mei 2022. Edisi bercetak akan disediakan bermula September 2022.

Edisi ini mengandungi Kitab Ibrani yang dikeluarkan pada tahun 2020 dan Kitab Yunani Kristian yang dikemaskinikan. Inilah kali pertama seluruh Terjemahan Dunia Baharu didapati dalam satu jilid. Dengan adanya terjemahan Kitab Ibrani ke dalam bahasa Ibrani moden, para pembaca dapat lebih memahami maksud teks Ibrani kuno yang diilhami, kerana teks itu susah difahami oleh kebanyakan pembaca moden.

Seorang penterjemah berkata, “Terjemahan Bible dalam bahasa Ibrani moden, terutamanya Kitab Ibrani, susah didapati. Jadi, kami sangat gembira untuk mendapat Terjemahan Dunia Baharu yang lengkap. Terjemahan ini mempunyai banyak ciri yang berguna, khasnya rujukan silang. Ini akan sangat membantu kami memahami Bible.”

Seorang lagi penterjemah berkata, “Kami bersyukur kepada Yehuwa atas kurniaan ini. Bagi Saksi-Saksi Yehuwa dan semua orang yang menuturkan bahasa Ibrani, Bible ini dapat membantu kami memupuk hubungan yang akrab dengan Bapa kami yang di syurga.”—Yakobus 4:8.