Lompat ke kandungan

Tempat letak kereta yang dibanjiri di kawasan Emilia-Romagna di Itali. Sisipan: Seorang saudara membersihkan lumpur di jalan raya

24 MEI 2023
ITALI

Banjir yang Teruk Melanda Bahagian Utara Itali

Banjir yang Teruk Melanda Bahagian Utara Itali

Pada 15 Mei 2023, hujan yang lebat telah melanda kawasan Emilia-Romagna di bahagian utara Itali dan menyebabkan banjir yang teruk. Dalam masa kurang daripada dua hari, sebanyak 50 sentimeter hujan turun di kawasan itu. Lebih daripada 40 daerah terkesan oleh bencana ini. Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan terkorban dan beribu-ribu lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari kita yang cedera atau meninggal

  • 342 penyiar dan ahli keluarga mereka telah dipindahkan

  • 167 rumah ditenggelami air dan 72 rumah daripada jumlah ini mengalami kerosakan teruk

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 3 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mangsa bencana

  • Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk menyelia kerja bantuan bencana

Kita menantikan masanya apabila “khemah Tuhan ada bersama manusia” dan bencana alam akan dilenyapkan buat selama-lamanya.—Wahyu 21:3, 4.