Lompat ke kandungan

Kebakaran liar di Sicily, Itali. Sisipan: Hujan batu yang melanda bahagian utara Itali

4 OGOS 2023
ITALI

Cuaca Ekstrem Melanda Bahagian Utara Itali dan Sicily

Cuaca Ekstrem Melanda Bahagian Utara Itali dan Sicily

Antara 22-26 Julai 2023, Itali telah dilanda cuaca ekstrem di beberapa kawasan. Ribut kencang dengan kelajuan 120 kilometer sejam dan hujan batu dengan diameter berukuran 19 sentimeter telah melanda bahagian utara Itali. Di Sicily pula, sebahagian besar pulau itu dijilat api disebabkan lebih daripada 330 kebakaran liar yang telah berlaku. Suhu setinggi 47 darjah Celsius di kawasan itu turut menjadi punca yang menyebabkan api merebak dengan cepat. Akibatnya, banyak bangunan telah musnah dan ratusan orang terjejas kerana bekalan elektrik terputus. Ribuan orang telah meninggalkan kawasan itu dan lima orang terkorban dalam bencana itu.

Kesan terhadap Saudara Saudari

Ribut Kencang dan Hujan Batu di Bahagian Utara Itali

  • Tiada saudara saudari yang terkorban

  • 2 saudara tercedera

  • 36 rumah mengalami kerosakan teruk

  • 242 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk

  • 12 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

Kebakaran Liar di Sicily

  • Sedihnya, rumah sepasang suami isteri terbakar dan mereka terkorban dalam kebakaran itu

  • 48 saudara saudari terpaksa meninggalkan rumah mereka

  • Tiada Dewan Perjumpaan atau bangunan teokratik yang rosak

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas akibat kebakaran liar di Sicily dan ribut hujan batu di bahagian utara Itali

  • 1 Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengatur kerja bantuan bencana di Sicily

Kita amat berdukacita mendengar berita tentang saudara dan saudari kita di Sicily yang terkorban akibat bencana tersebut. Kita juga berdoa untuk rakan seiman kita yang terjejas oleh malapetaka ini. Kita menantikan masanya Yehuwa melenyapkan segala penderitaan kita.—Wahyu 21:4.