Lompat ke kandungan

20 APRIL 2019
JEPUN

Bible Terjemahan Dunia Baharu yang Dikemaskinikan Dikeluarkan dalam Bahasa Jepun

Bible Terjemahan Dunia Baharu yang Dikemaskinikan Dikeluarkan dalam Bahasa Jepun

Dalam sebuah perjumpaan istimewa yang diadakan pada hari Sabtu, 13 April 2019, Saudara Stephen Lett, salah seorang ahli Badan Pimpinan, telah mengeluarkan Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan dalam bahasa Jepun. Perjumpaan istimewa ini diadakan di Stadium Noevir Kobe di Kobe, Jepun, dan terdapat 20,868 orang telah menghadirinya. Program ini disiarkan secara langsung ke lapan buah Dewan Perhimpunan dan banyak Dewan Perjumpaan di bawah jagaan pejabat cawangan Jepun. Saudara saudari lain telah menonton rakaman perjumpaan ini pada masa yang berbeza pada hari itu atau pada keesokan harinya. Sejumlah 220,491 orang telah menikmati program istimewa ini.

Stadium Noevir Kobe

Ada lebih daripada 2,950 sidang, kumpulan, dan prakumpulan bahasa Jepun di seluruh dunia yang kini mempunyai Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan dalam bahasa Jepun. Ini merupakan kurniaan yang bernilai daripada Yehuwa yang dapat digunakan untuk pembelajaran peribadi dan untuk menginjil.—Ibrani 4:12.

Saudara saudari sangat gembira kerana menerima Bible Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan

Terjemahan Dunia Baharu mula dikeluarkan di Jepun sekitar 45 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1973. Saudara Lyman Swingle, salah seorang ahli Badan Pimpinan, telah mengeluarkan Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu di Perhimpunan Antarabangsa “Kemenangan Ilahi” di Osaka, Jepun. Sembilan tahun selepas Bible itu dikeluarkan, sekitar 1,140,000 naskhah Bible telah diedarkan. Jumlah itu ialah kira-kira 75 kali lebih banyak daripada jumlah Saksi-Saksi Yehuwa di Jepun pada waktu itu. Pada tahun 1982, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang lengkap dikeluarkan. Bible itu dicetak dan dijilid di Jepun. Pengeluaran edisi yang dikemaskinikan dalam bahasa Jepun pada tahun 2019 menandakan satu lagi detik bersejarah dalam terjemahan Bible umat Yehuwa di Jepun.

Seluruh atau sebahagian daripada Terjemahan Dunia Baharu telah diterjemahkan ke dalam 179 bahasa, termasuk 22 terjemahan lengkap yang dikemaskinikan berdasarkan Bible bahasa Inggeris edisi 2013.