Lompat ke kandungan

Tanah runtuh di kawasan Fukushima selepas gempa bumi melanda timur laut Jepun

23 FEBRUARI 2021
JEPUN

Gempa Bumi Skala 7.3 Menggegarkan Bahagian Timur Laut Jepun

Gempa Bumi Skala 7.3 Menggegarkan Bahagian Timur Laut Jepun

Lokasi

Bahagian timur laut Jepun, terutamanya di kawasan Fukushima dan Miyagi

Bencana

  • Pada 13 Februari 2021, gempa bumi berskala 7.3 mengakibatkan gangguan elektrik dan air di beberapa kawasan. Kebanyakan kerosakan berlaku di kawasan yang pernah dilanda gempa bumi berskala 9.0 pada 2011

Kesan terhadap saudara saudari

  • 11 penyiar tercedera

  • Ramai saudara saudari mengalami gangguan elektrik dan air untuk sementara waktu

Kerosakan rumah dan harta

  • 10 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan kecil

  • 205 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 13 rumah mengalami kerosakan yang teruk

Bantuan yang dihulurkan

  • Penyelia litar dan penatua sidang di kawasan yang terkesan menggunakan Firman Tuhan untuk melegakan hati para penyiar yang terkesan. Semua yang terlibat mematuhi langkah-langkah keselamatan COVID-19

  • Para wakil Rekaan dan Pembinaan Tempatan serta pekerja sukarela Rekaan dan Pembinaan Tempatan sedang menyiasat jumlah kerosakan setiap Dewan Perjumpaan dan rumah

Kita berdoa semoga Yehuwa terus menguatkan mereka yang terjejas dengan gempa bumi ini.—Filipi 4:13.