4 JANUARI 2024
JEPUN
Gempa Bumi yang Dahsyat Melanda Semenanjung Noto di Jepun
Pada 1 Januari 2024, gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Semenanjung Noto di Wilayah Ishikawa. Gempa bumi itu dan gegaran susulannya mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada rumah-rumah dan jalan raya. Lebih daripada 33,000 orang telah berpindah. Kira-kira 400 orang tercedera dan 78 orang terkorban akibat bencana ini.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Tiada saudara saudari kita yang meninggal
1 saudara mengalami kecederaan ringan
Lebih daripada 150 saudara saudari terpaksa berpindah
2 rumah musnah
7 rumah mengalami kerosakan teruk
Lebih daripada 100 rumah mengalami sedikit kerosakan
1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk
8 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan
Bantuan yang Dihulurkan
Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan untuk mengaturkan kerja bantuan bencana
Wakil daripada pejabat cawangan Jepun, para penyelia litar, dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas
Kita yakin bahawa Yehuwa akan menjadi ‘tempat naungan’ bagi saudara saudari kita di Jepun. (Mazmur 18:2) Dia akan terus melegakan dan menguatkan mereka pada masa yang susah ini.