Lompat ke kandungan

Banjir di bandar Hitoyoshi

23 JULAI 2020
JEPUN

Hujan Lebat dan Banjir Menyebabkan Kemusnahan di Jepun

Hujan Lebat dan Banjir Menyebabkan Kemusnahan di Jepun

Pada awal Julai 2020, hujan lebat di kawasan Kyushu, Jepun, telah mengakibatkan banjir dan tanah runtuh. Antara kawasan yang paling teruk terjejas ialah bandar Minamata dan Hitoyoshi di kawasan Kumamoto, dan bandar Omuta di kawasan Fukuoka. Tiada Saksi-Saksi Yehuwa yang terkorban, tetapi seorang saudara dan seorang saudari telah mengalami kecederaan ringan. Banjir itu juga telah merosakkan 48 buah rumah saudara saudari dan dua Dewan Perjumpaan. Selain itu, dua buah Dewan Perjumpaan rosak akibat tanah runtuh.

Jawatankuasa Bantuan Bencana Kyushu/Okinawa, yang digunakan oleh cawangan Jepun untuk mengaturkan bantuan bagi COVID-19, kini sedang membuat aturan bagi mangsa banjir. Wakil-wakil Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan dan para penyelia litar di kawasan itu juga sedang menghulurkan bantuan kecemasan.

Kita berdoa agar Yehuwa, ‘Tuhan yang memberi ketabahan dan kelegaan hati,’ terus menjaga rakan seiman di Jepun yang dilanda bencana.—Roma 15:5.