Lompat ke kandungan

Rumah seorang saudara yang dirosakkan oleh taufan

18 NOVEMBER 2019
JEPUN

Kali Ini, Jepun Dihentam Taufan Bualoi

Kali Ini, Jepun Dihentam Taufan Bualoi

Pada 25 dan 26 Oktober 2019, bahagian pantai Timur Jepun dilanda Taufan Bualoi, dan ini merupakan taufan ketiga yang menghentam bahagian Timur Jepun sejak September, setelah Taufan Faxai dan Taufan Hagibis. Taufan ini mengakibatkan air sungai-sungai melimpah sehingga berlakunya banjir yang teruk di daerah itu. Sekurang-kurangnya 81 buah rumah saudara saudari telah dirosakkan. Walaupun tiada kematian saudara saudari yang dilaporkan, terdapat seorang saudari yang tercedera. Saudara saudari di daerah Chiba telah menderita akibat ketiga-tiga taufan itu.

Setelah berlakunya taufan Faxai dan Hagibis, tiga Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) telah beroperasi menghulurkan bantuan di kawasan yang dipengaruhi taufan. Kini DRC yang sama turut membantu para mangsa taufan Bualoi. Pejabat Cawangan Jepun sedang menyokong usaha DRC untuk menjaga keperluan saudara saudari kita yang lebih mendesak, misalnya membantu membasmi kuman, membersihkan dan membaiki rumah mereka. Para penyelia litar juga membuat aturan untuk menggalakkan saudara saudari di sana.

Pada masa yang susah ini, kita ingin berdoa bagi saudara saudari di Jepun, dan yakin bahawa Yehuwa prihatin terhadap para penyembah-Nya yang “tawar hati” disebabkan bencana alam yang menimpa berturut-turut.—Mazmur 34:18.