Lompat ke kandungan

Rumah yang terkesan akibat Taufan Shanshan di Miyazaki, Jepun

5 SEPTEMBER 2024
JEPUN

Taufan Shanshan Membadai Jepun

Taufan Shanshan Membadai Jepun

Pada 29 Ogos 2024, Taufan Shanshan telah melanda Wilayah Kagoshima, Jepun dengan kelajuan angin yang mencecah hampir 160 kilometer sejam. Beberapa bahagian di kawasan Kanto, Kyushu, dan Tokai mengalami hujan yang berjumlah lebih daripada 40 sentimeter dalam masa 48 jam sahaja. Hujan lebat ini menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang telah merosakkan jalan raya dan bangunan. Lebih daripada 120 orang telah cedera, dan 8 orang terkorban.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari yang terkorban

  • 3 penyiar mengalami kecederaan

  • 245 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 8 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

  • Tarikh bagi beberapa konvensyen serantau di kawasan yang terjejas telah diubah akibat taufan

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para penyelia litar dan penatua tempatan sedang memberikan sokongan rohani dan bantuan praktikal kepada mereka yang terjejas

Walaupun bencana alam buat kita rasa sedih, kita boleh dapat kekuatan seraya Yehuwa ‘menolong dan melegakan hati kita.’—Mazmur 86:17.