Lompat ke kandungan

12 JULAI 2018
JEPUN

Banjir Melanda Bahagian Barat Jepun

Banjir Melanda Bahagian Barat Jepun

Sekurang-kurangnya 169 orang terbunuh di bahagian barat Jepun, dan lebih daripada 255,000 buah rumah tidak mempunyai bekalan air yang bersih selepas hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang teruk.

Biarpun tiada Saksi-Saksi Yehuwa yang terbunuh, lebih daripada 200 orang Saksi terpaksa berpindah ke tempat yang lain dan seorang saudari cedera. Saudari yang cedera ini sedang dirawat di hospital dan beransur-ansur pulih. Sekurang-kurangnya 103 buah rumah saudara saudari kita rosak dan sebuah rumah hancur dipukul banjir. Selain itu, terdapat 11 buah Dewan Perjumpaan dan sebuah Dewan Perhimpunan yang rosak akibat banjir yang melanda.

Empat Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC) telah dibentuk agar saudara saudari yang menjadi mangsa bencana dapat digalakkan dan menerima bantuan dengan segera. Contohnya, jawatankuasa ini memastikan saudara saudari kita mempunyai makanan, pakaian, dan air yang bersih. Selain itu, jawatankuasa ini akan membuat aturan jangka masa panjang, seperti membasmi kuman dan membersihkan rumah saudara saudari kita yang dilanda banjir, dan membaiki rumah-rumah rakan seiman yang rosak.

Kita semua digalakkan untuk berdoa bagi saudara saudari kita yang sedang menderita akibat bencana ini di Jepun. Kita menanti-nantikan masanya apabila Yesus menggunakan kuasanya untuk meniadakan bencana buat selama-lamanya.—Matius 8:26, 27.