Lompat ke kandungan

25 JUN 2019
JERMAN

Berlin, Jerman—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!

Berlin, Jerman—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!
  • Tarikh: 14-16 Jun 2019

  • Lokasi: Stadium Olimpik di Berlin, Jerman

  • Bahasa: Inggeris, Jerman, Rusia

  • Bilangan Tertinggi Hadirin: 37,115

  • Jumlah Orang yang Dibaptis: 255

  • Bilangan Wakil dari Negara Lain: 5,000

  • Cawangan yang Dijemput: Amerika Syarikat, Brazil, Britain, Ecuador, Finland, Greece, Kanada, Poland, Skandinavia, Slovenia

  • Pengalaman Tempatan: Salah satu kegiatan yang dilakukan oleh wakil konvensyen dari luar negara ialah melawat Muzium Pergamon yang terkenal di Berlin. Seorang pengawal yang telah memerhatikan saudara saudari kita berkata, “Banyak orang tidak mempunyai harapan kerana mereka tidak beriman. Tetapi saya dapat melihat dengan jelas bahawa kamu mempunyai iman dan saling mengasihi.” Seorang lagi pengawal berkata, “Jika semua pelawat seperti kamu, masa berlalu dengan cepat dan saya tidak kisah jika perlu bekerja lebih masa.”

 

Saudara saudari mengalu-alukan kedatangan wakil dari luar negara di lapangan terbang

Saudara saudari bergaul dekat tempat konvensyen

Para wakil dari luar negara mengambil gambar bersama-sama. Ada yang memakai pakaian tradisional

Saudara Samuel Herd, salah seorang ahli Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah terakhir pada hari Sabtu

Para wakil dari luar negara menikmati program konvensyen dalam bahasa Inggeris dan mencatatkan nota. Program konvensyen juga disiarkan melalui radio, dan dua orang saudari sedang menikmati program dengan menggunakan earbuds

Saudara saudari menyaksikan acara pembaptisan pada hari Sabtu

Para pekhidmat khas sepenuh masa dari luar negara melambaikan tangan kepada para hadirin pada hari terakhir konvensyen

Stadium Olimpik Berlin selesai dibina pada tahun 1936. Stadium ini pernah digunakan untuk konvensyen antarabangsa pada tahun 1990, yang diadakan setelah Tembok Berlin dirobohkan

Para wakil dari luar negara menjalankan kerja kesaksian awam di depan Gerbang Brandenburg yang terkenal di Berlin

Para wakil dari luar negara berkumpul di Colonnade Courtyard, dekat Muzium Pergamon

Hadirin bertepuk tangan pada akhir acara ramah-tamah