Lompat ke kandungan

Saudara dan Saudari Mudaheranwa yang juga merupakan perintis dalam perjalanan ke tempat kerja

6 APRIL 2020
KANADA

Ketenangan Jiwa biarpun Dunia Huru-Hara

Ketenangan Jiwa biarpun Dunia Huru-Hara

Saudara Jean-Yves dan isterinya, Vasthie Mudaheranwa, merupakan petugas barisan hadapan (frontliners) di Montreal, Kanada. Saudara Mudaheranwa ialah seorang ahli terapi pernafasan di sebuah hospital dan Saudari Mudaheranwa ialah seorang jururawat di pusat rawatan khas untuk wabak COVID-19. Pada masa yang amat mencabar ini, mereka mendapatkan kekuatan daripada Tuhan Yehuwa dan memperoleh kelegaan seperti yang dijanjikan-Nya.—Yesaya 65:14.

“Banyak rakan kerja saya sangat takut. Saya tidak pernah lihat mereka begini,” kata Saudara Mudaheranwa. Saudari Mudaheranwa berkata, “Pembelajaran peribadi sangat membantu kami. Kami mengingatkan diri bahawa ini ialah tanda hari-hari terakhir, dan Yehuwa ada bersama kami. Dia tidak akan mengabaikan kami. Doa juga banyak membantu kami. Sebelum pergi kerja, saya akan berdoa, dan saya rasa tenang hati.”

Saudara dan Saudari Mudaheranwa menyertai perjumpaan sidang

Saudara Mudaheranwa juga menambah, “Saya datang dari Rwanda. Dulu saya pernah lihat banyak hal buruk terjadi semasa pembasmian kaum berlaku di negara saya. Tetapi, di Kanada, kami tidak pernah alami hal sebegini. Kadangkala, kami lupa kami sedang hidup pada hari-hari terakhir. Ini buat saya fikir bahawa hari Yehuwa masih jauh lagi. Wabak yang berlaku sekarang meneguhkan keyakinan saya bahawa kita memang sedang hidup pada hari-hari terakhir. Iman saya terhadap Bible dan nubuatnya juga dikuatkan.”

Seperti Saudara dan Saudari Mudaheranwa, rakan seiman kita di seluas dunia juga mempunyai iman yang sama dan tetap meraih ketenangan jiwa biarpun dunia huru-hara.—Yesaya 48:18.