26 NOVEMBER 2021
KANADA
“Sungai Atmosfera” Menyebabkan Banjir di Barat Kanada
Dari 13 hingga 15 November 2021, fenomena cuaca yang dikenali sebagai “sungai atmosfera” telah membawa hujan lebat ke kawasan British Columbia di barat Kanada. Dua puluh lokasi mencatatkan rekod tertinggi hujan yang turun setiap hari. Ada tempat yang bahkan menerima lebih daripada 250 milimeter hujan dalam masa tiga hari. Ribut ini menyebabkan banyak orang terpaksa berpindah, banjir dan tanah runtuh yang menyekat akses ke lebuh raya, serta ramai pelancong yang tidak dapat menyambung perjalanan mereka.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Tiada saudara saudari yang cedera
144 penyiar terpaksa berpindah
Sekurang-kurangnya 35 buah rumah mengalami kerosakan
Bantuan yang Dihulurkan
Pejabat cawangan Kanada telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan Bencana (DRC)
Saudara saudari yang terpaksa berpindah tinggal bersama saudara-mara atau rakan seiman di bandar berdekatan di luar zon pemindahan
Penyelia litar dan penatua sidang memberikan kelegaan dan galakan daripada Bible kepada keluarga yang menjadi mangsa bencana
Dengan keizinan pihak berkuasa, DRC bekerjasama dengan kumpulan Rekaan dan Pembinaan Tempatan (LDC) untuk menilai kerosakan dan melakukan kerja pemulihan
Segala usaha untuk membantu mangsa bencana dilakukan dengan mematuhi garis panduan keselamatan COVID-19
Banyak keluarga yang terpaksa berpindah kali ini juga terpaksa berpindah tiga bulan sebelum ini, iaitu pada Ogos 2021, akibat kebakaran hutan yang tidak terkawal. Memandangkan bencana alam dan cuaca ekstrem akan semakin menjadi-jadi, kita akan meraih manfaat jika kita mematuhi arahan organisasi Yehuwa dan menyediakan beg dan bekalan kecemasan.
Biarpun bencana alam akan semakin kerap berlaku, kita tetap yakin dan beriman kepada Yehuwa kerana Dialah yang dapat menyelamatkan kita.—Habakuk 3:17, 18.