Lompat ke kandungan

Kompleks hotel Dusit di Nairobi, Kenya, tempat serangan pengganas berlaku.

25 JANUARI 2019
KENYA

Serangan Pengganas di Kenya

Serangan Pengganas di Kenya

Pada 15 Januari 2019, sekurang-kurangnya 21 orang terkorban dalam satu serangan pengganas yang berlaku di sebuah hotel dan kompleks pejabat di Nairobi, Kenya.

Pejabat cawangan Kenya melaporkan bahawa tiada penyiar dibunuh atau tercedera dalam serangan ini. Serangan ini berlaku kira-kira tujuh kilometer dari pejabat cawangan Kenya. Lebih daripada 10 orang saudara saudari bekerja di kompleks Dusit, iaitu lokasi serangan. Semasa serangan ini berlaku, tujuh orang saudara saudari kita tidak bekerja, tetapi seorang saudara dan seorang saudari terpaksa bersembunyi selama 12 jam. Akhirnya, mereka dan semua saudara saudari lain yang bekerja di situ berjaya diselamatkan.

Para penatua tempatan dan penyelia litar melegakan hati dan menguatkan semangat saudara saudari kita yang terlibat dalam insiden ini. Semoga Yehuwa terus melegakan hati saudara saudari kita pada masa-masa yang susah seperti ini.—2 Korintus 1:3, 4.