Lompat ke kandungan

5 MEI 2023
KOREA SELATAN

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Cina

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Cina

Pada 23 April 2023, Bible—Buku Matius telah dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Cina (CSL) semasa acara yang diadakan di Korea Selatan. Ini ialah buku Bible pertama yang dikeluarkan dalam CSL. Hampir 200 orang dari dua sidang CSL di Korea Selatan telah menghadiri program ini. Buku ini tersedia untuk dimuat turun di jw.org dan aplikasi JW Library Bahasa Isyarat.

Kumpulan penterjemah berusaha untuk menghasilkan terjemahan yang ringkas dan mudah difahami. Mengenai hal ini, seorang penterjemah kata, “Kumpulan penterjemah ada tiga orang dan dua orang daripadanya ialah orang pekak. Oleh kerana itu, kami selalu bincang tentang cara pemikiran orang pekak. Itu bantu kami lebih senang untuk buat kerja penterjemahan.”

Seorang lagi penterjemah kata, “Semasa saya menterjemahkan buku Matius, saya dapat lebih memahami apa yang Yesus lakukan, apa yang dia lalui, dan ajarannya semasa di bumi.”

Seorang penyiar pekak yang menghadiri program itu kata, “Sebelum pengeluaran ini, hanya ada beberapa ayat Bible sahaja dalam CSL. Saya rasa seolah-olah saya sedang melihat gambar yang tidak lengkap. Saya tidak sabar-sabar untuk guna buku Matius ini dan lihat seluruh gambarnya.”

Seorang lagi penyiar yang pekak kata, “Bahan dalam bahasa isyarat yang dihasilkan oleh organisasi Yehuwa, termasuk pengeluaran buku Matius ini, membuat saya sedar bahawa Yehuwa sangat mengasihi kita dan ingin sekali membantu orang yang pekak.”

Kita amat bersyukur kepada Yehuwa untuk pengeluaran Bible ini. Buku ini akan membantu saudara saudari kita untuk menyembah Yehuwa dengan “kuasa suci-Nya dan kebenaran.”—Yohanes 4:24.