25 APRIL 2019
KOREA SELATAN
Kebakaran Hutan di Bahagian Timur Persisiran Pantai Korea Selatan
Pada 4 April 2019, sebuah kebakaran hutan yang besar berlaku di persisiran pantai Korea Selatan di Wilayah Gangwon. Api merebak dengan cepat sekali sehingga pihak berkuasa telah mengisytiharkan keadaan darurat. Sebelum api dapat dikawal, lebih daripada 1,600 hektar (4,000 ekar) kawasan itu terbakar dan dua orang terkorban.
Pejabat cawangan melaporkan bahawa tidak ada saudara saudari kita yang terkorban. Tetapi lapan buah rumah Saksi rosak dan hal itu mempengaruhi 27 orang saudara saudari kita. Pejabat cawangan mengaturkan agar Jawatankuasa Bantuan Bencana dan para penyelia litar di kawasan itu bekerjasama dengan para penatua di sidang untuk melegakan hati dan membantu saudara saudari yang terlibat.
Kita berasa yakin bahawa Yehuwa akan terus menjadi “tempat naungan dan kekuatan” saudara saudari kita, dan Dia pasti ‘bersedia menolong mereka pada masa kesusahan.’—Mazmur 46:1.