Lompat ke kandungan

Dari kiri ke kanan: Saudara Choi Young-won, Baek Jong-hyun, dan Kang Ra-yoon melambai kepada keluarga mereka sebelum bertolak ke penjara untuk melakukan khidmat awam alternatif

23 NOVEMBER 2020
KOREA SELATAN

Perkembangan Bersejarah: Khidmat Awam Alternatif Bermula di Korea Selatan

Perkembangan Bersejarah: Khidmat Awam Alternatif Bermula di Korea Selatan

Buat julung kalinya dalam sejarah Korea Selatan, kerajaan membenarkan individu yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani untuk melakukan khidmat awam alternatif. Pada 26 Oktober 2020, seramai 63 orang saudara telah menerima aturan ini dan memulakan khidmat tiga tahun mereka di salah sebuah penjara. Mereka akan bekerja di bahagian penyediaan makanan, pembelian, pendidikan, penjagaan kesihatan dan kebersihan, dan penyelenggaraan. Menurut undang-undang terkini, selepas berkhidmat selama dua bulan, mereka akan dibenarkan untuk meninggalkan kawasan penjara secara bergilir-gilir selepas tamat waktu kerja untuk menjalankan aktiviti rohani mereka. Tetapi mereka harus balik ke penjara sebelum pukul sembilan malam.

Salah seorang daripada saudara itu yang bernama Kim Hyun-soo berkata, “Meskipun aturan ini tidak memenuhi semua piawaian antarabangsa, saya masih menerimanya kerana aturan ini tidak berkaitan dengan khidmat tentera.”

Kita yakin bahawa saudara-saudara muda di Korea yang setia akan terus memuliakan Yehuwa dengan “perbuatan baik” mereka.—Matius 5:16.

 

Saudara Park Jae-hyuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya sebelum bertolak ke penjara untuk melakukan khidmat awam alternatif

Saudara Lee Sang-joon bersedia untuk berpisah dengan keluarganya (kiri). Ibu bapa Saudara Kim Yeong-hoon memeluknya (kanan)

Saudara Jeong Yeo-gyeom berangkat untuk memulakan khidmat awamnya