Lompat ke kandungan

Para wakil Saksi-Saksi Yehuwa bertemu dengan ketua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Korea untuk bincang program khidmat awam alternatif negara itu. Selepas itu, pihak suruhanjaya mengeluarkan kenyataan untuk menangani isu itu

27 JANUARI 2022
KOREA SELATAN

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Korea Meminta agar Khidmat Alternatif Diperbaik

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Korea Meminta agar Khidmat Alternatif Diperbaik

Seorang pegawai hak asasi Korea Selatan telah membuat kenyataan rasmi bahawa khidmat awam alternatif (ACS) di negaranya tidak memenuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa yang terkini.

Pada 2 Disember 2021, Pengerusi Song Doo-hwan, ketua baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Korea (NHRCK), a mengeluarkan kenyataan dalam laman web mereka yang menyatakan bahawa sistem ACS patut diubah. Sistem ini bermula di Korea Selatan pada 26 Oktober 2020.

Sebahagian daripada kenyataannya berbunyi, “Walaupun sistem ACS diperkenalkan selepas keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 2018, saya memang berpendapat sistem ini perlu diperbaik agar memenuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa . . .”

Kenyataan itu diumumkan selepas Encik Song bertemu dengan wakil-wakil dari pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa di Korea Selatan serta Persatuan Asia-Pasifik Saksi-Saksi Yehuwa (APAJW) pada 23 November 2021. Para saudara telah memberi Encik Song laporan “Alternative Civilian Service in South Korea—2021,” yang disediakan oleh APAJW.

Laporan itu menjelaskan bahawa sistem ACS di Korea Selatan telah melanggar piawaian antarabangsa. Program ACS berlanjutan selama 36 bulan, iaitu dua kali lamanya berbanding masa khidmat tentera. Program itu juga buat seseorang hidup seperti banduan penjara. Mereka yang menolak khidmat tentera atas kepercayaan agama kini bekerja dalam penjara. Semasa bulan pertama, mereka tidak boleh meninggalkan kawasan penjara. Setelah itu, mereka dibenarkan untuk keluar hanya selepas dapatkan kebenaran dan mesti balik selewat-lewatnya 9:30 malam.

Kini, NHRCK sedang meneliti rayuan daripada ahli-ahli ACS yang memohon agar perubahan dilakukan. Walaupun NHRCK tiada kuasa untuk ubah undang-undang, namun ia dapat membuat cadangan kepada penggubal undang-undang.

Kita diteguhkan oleh iman dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh para saudara di Korea Selatan. Kita tahu bahawa Yehuwa akan terus memelihara mereka.—Mazmur 55:22.

a NHRCK ialah sebuah organisasi yang sokong hak asasi manusia dan ditubuhkan pada 2001.