Lompat ke kandungan

30 NOVEMBER 2018
KOREA SELATAN

Para Saudara Korea Dibebaskan dari Penjara

Para Saudara Korea Dibebaskan dari Penjara

Pada 30 November 2018, pejabat cawangan Korea melaporkan bahawa 57 saudara telah dibebaskan dari penjara dan bersatu semula dengan keluarga mereka. Seluruh persaudaraan Kristian sedunia bersukacita dengan peristiwa yang dinanti-nantikan selama ini serta memuji Yehuwa kerana mencurahkan rahmat dan berkat-Nya.—Bilangan 6:24-26.

Kami berdoa bagi lapan saudara yang masih di dalam penjara dan dijangka akan dibebaskan tidak lama lagi selepas mereka menjalani hukuman selama 6 bulan daripada hukuman 18 bulan yang dikenakan.

Para saudara yang bersatu semula dengan ibu bapa mereka (kiri, kanan). Seorang saudara ditemu ramah oleh pihak media di luar penjara (tengah).