Lompat ke kandungan

24 MEI 2023
LATVIA

Terjemahan Dunia Baharu Bahasa Latvia Dipamerkan di Pameran Buku Latvia

Terjemahan Dunia Baharu Bahasa Latvia Dipamerkan di Pameran Buku Latvia

Pada awal bulan Mac 2023, lebih daripada 21,000 orang mengunjungi Pameran Buku Latvia di Riga, Latvia. Ini ialah kali ketujuh saudara saudari kita menyertai pameran ini dan kali pertama selepas pandemik COVID-19. Mereka sangat teruja untuk mempamerkan seluruh Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Latvia yang dikeluarkan pada 2020.

Nama Tuhan, iaitu Yehuwa, diberikan perhatian khusus di ruang pameran kita. Para pengunjung terkejut dan kagum untuk tahu bahawa nama Yehuwa telah digunakan dalam Bible bahasa Latvia yang pertama. Bible ini dikeluarkan pada tahun 1689. Selain itu, mereka juga rasa kagum bahawa Terjemahan Dunia Baharu mengembalikan nama Tuhan lebih daripada 7,000 kali dalam seluruh Bible.

Ciri-ciri lain Terjemahan Dunia Baharu juga menarik perhatian beberapa pengunjung. Seorang lelaki yang bekerja dalam industri penerbitan kata bahawa Bible ini dibuat dengan sangat baik, menggunakan bahan yang berkualiti tinggi, dan sesuai untuk kegunaan seharian.

Seorang lagi pengunjung yang mendapat satu salinan Bible ini dari ruang pameran kita kata bahawa dia rasa kagum dengan bahasanya yang moden dan mudah difahami. Dia kata bahawa dia berhenti membaca Bible kerana dia rasa susah untuk faham terjemahan yang lain. Dia tidak sabar-sabar untuk baca Bible Terjemahan Dunia Baharu bersama dengan anak perempuannya. Pada penghujung hari ketiga acara ini, lebih daripada 130 naskhah Terjemahan Dunia Baharu bahasa Latvia telah diedarkan.

Saudara saudari berdiri dalam ruang pameran kita di Pameran Buku Latvia

Saudara saudari yang menyertai pameran buku ini sangat teruja untuk bantu orang lain belajar tentang Bible dan Pengarangnya. Seorang saudari kata, “Saya tidak pernah kongsi tentang nama Yehuwa dengan begitu ramai orang dalam beberapa hari sahaja!”

Hari ini, terdapat lebih daripada 2,100 penyiar di Latvia. Kita bersukacita kerana saudara saudari dan orang yang berminat dapat meraih manfaat daripada terjemahan Bible ini dan lebih menghampiri Yehuwa.—Yakobus 1:17.