Lompat ke kandungan

Saudara Stanislav Teliatnikov dari Lithuania

15 JUN 2022
LITHUANIA

Keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah terhadap Lithuania yang Enggan Mengizinkan Saudara Stanislav Teliatnikov Melakukan Khidmat Awam Alternatif

Keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah terhadap Lithuania yang Enggan Mengizinkan Saudara Stanislav Teliatnikov Melakukan Khidmat Awam Alternatif

Pada 7 Jun 2022, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) dengan sebulat suara membuat keputusan terhadap Lithuania dalam kes yang melibatkan Saudara Stanislav Teliatnikov, yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nuraninya. ECHR menyatakan dengan jelas bahawa menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani dijamin oleh Perkara 9 (kebebasan berfikir, hati nurani, dan beragama) dalam Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah. Maka, Lithuania didapati melanggar Konvensyen Eropah dan diarahkan untuk membayar Stanislav 3,000 euro (3,196 USD).

Hampir semua negara yang menganggotai Majlis Eropah mempunyai program khidmat awam alternatif (ACS). Semasa disuruh menyertai khidmat tentera, Stanislav memohon untuk melakukan ACS selaras dengan piawaian Eropah. Sedihnya, Lithuania tidak mempunyai program ini. Semasa membuat keputusan terhadap Lithuania, ECHR menegaskan bahawa semua negara dalam Majlis Eropah harus menawarkan program khidmat alternatif untuk rakyatnya yang menolak khidmat tentera. Program ini tidak boleh dilaksanakan dalam bentuk hukuman, bersifat berat sebelah, atau berkaitan dengan tentera. Keputusan yang sama juga dibuat terhadap Armenia, Azerbaijan, dan Turki.

Setelah keputusan itu dibuat, Armenia kini sudah mempunyai program ACS. Pemuda yang menolak khidmat tentera atas dasar hati nurani boleh diberikan kerja yang bermanfaat untuk masyarakat.

Kita berharap Lithuania juga akan mematuhi arahan ECHR untuk menyediakan program ACS bagi manfaat saudara-saudara kita dan masyarakat Lithuania. Sementara itu, kita tahu Yehuwa akan terus memberi saudara-saudara di Lithuania bimbingan dan sokongan yang diperlukan.—Ratapan 3:25.