Lompat ke kandungan

Saudara dan saudari di Madagascar amat berterima kasih atas pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius (dari kiri ke kanan) dalam bahasa Tandroy, Tankarana, dan Vezo

19 JANUARI 2024
MADAGASCAR

Bible—Berita Baik Menurut Matius Dikeluarkan dalam Tiga Bahasa di Madagascar

Bible—Berita Baik Menurut Matius Dikeluarkan dalam Tiga Bahasa di Madagascar

Pada 7 Januari 2024, Bible—Berita Baik Menurut Matius telah dikeluarkan dalam bahasa Tandroy, Tankarana, dan Vezo. Satu program istimewa telah diadakan di beberapa kawasan di Madagascar yang menuturkan bahasa-bahasa itu. Semua hadirin telah menerima edisi cetakan dan edisi digital juga dapat dimuat turun.

Bahasa Tandroy

Saudara Paul Rahajanirina, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Madagascar, telah mengeluarkan Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Tandroy. Pengeluaran ini dibuat di sebuah Dewan Perjumpaan di Ambovombe. Sejumlah 442 orang telah menghadiri program itu secara bersemuka manakala 681 orang lagi menontonnya menerusi persidangan video. Kini, terdapat 662 saudara saudari yang berkhidmat di 25 sidang dan kumpulan bahasa Tandroy di Madagascar.

Bahasa Tankarana

Saudara Rolland Rafalibera, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Madagascar, telah mengeluarkan Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Tankarana. Pengeluaran ini dibuat semasa program istimewa yang diadakan di sebuah Dewan Perhimpunan di Antsiranana. Sejumlah 904 orang telah menghadiri program itu secara bersemuka manakala 1,218 orang lagi menontonnya menerusi persidangan video. Lebih daripada 1,000 saudara saudari berkhidmat di 28 sidang dan kumpulan bahasa Tankarana di Madagascar.

Bahasa Vezo

Saudara Christopher Thomas, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Madagascar, telah mengumumkan pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Vezo semasa program istimewa yang diadakan di sebuah Dewan Perjumpaan di Toliara. Sekitar 1,290 orang telah menghadiri program itu secara bersemuka manakala 305 orang lagi menontonnya menerusi persidangan video. Terdapat 706 saudara saudari berkhidmat di 20 sidang dan kumpulan bahasa Vezo.

Meskipun berada di lokasi-lokasi yang berbeza, semua saudara saudari yang menerima pengeluaran itu dalam bahasa masing-masing mengungkapkan perasaan yang sama. Mereka amat menghargai terjemahan buku Matius yang jelas, tepat, dan mudah difahami.

Kita bersyukur kepada Yehuwa atas pengeluaran baharu ini yang dapat bantu saudara saudari kita memuji Yehuwa dan mengukuhkan kerohanian mereka.—Matius 5:3.