11 OGOS 2021
MALAWI
Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Isyarat Malawi
Pada 8 Ogos 2021, Saudara Mark Hutchinson, ahli Jawatankuasa Cawangan Malawi, mengumumkan pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam Bahasa Isyarat Malawi. Ini buku Bible pertama yang dihasilkan dalam Bahasa Isyarat Malawi.
Buku Bible tersebut dikeluarkan dalam rakaman program yang disiarkan menerusi Internet di seluruh kawasan cawangan. Program ini juga disiarkan melalui sebuah stesen TV tempatan dan stesen radio.
Pada 2005, sidang bahasa isyarat yang pertama ditubuhkan di Lilongwe. Pada 2009, bahan bacaan kita mula diterjemahkan ke dalam Bahasa Isyarat Malawi. Sejak masa itu, sebanyak 34 bahan bacaan telah diterjemahkan. Kini ada lima kumpulan penterjemahan yang terdiri daripada 21 penterjemah.
Seorang penterjemah pekak yang bekerja dalam projek ini berkata, “Kami telah dapat manfaat semasa ayat Bible pada bahan bacaan disampaikan dalam bahasa isyarat. Tapi sekarang semasa pembelajaran peribadi, kami dapat lihat apa yang berlaku sebelum dan selepas ayat yang tertentu. Ini juga bantu kami guna ayat-ayat Bible dengan lebih baik semasa menginjil.”
Satu contoh yang tunjuk bahawa terjemahan Bible ini amat jelas terdapat di Matius 22:44. Seorang penterjemah menjelaskan, “Dalam terjemahan Bible lain ayat ini berbunyi, ‘Tuan berkata kepada Tuanku.’ Jadi, ada orang fikir bahawa Yehuwa dan Yesus adalah satu. Dalam terjemahan ini, amat jelas bahawa Yehuwalah yang bercakap kepada Tuan Yesus.”
Kita berdoa semoga hadiah ini akan mengukuhkan hubungan saudara saudari di Malawi dengan Yehuwa, yang mengurniakan “setiap pemberian yang sempurna.”—Yakobus 1:17.