Lompat ke kandungan

9 JUN 2022
MALAYSIA

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Iban

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Iban

Pada 5 Jun 2022, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Iban dikeluarkan. Ramai saudara saudari telah datang ke Dewan Perjumpaan untuk menonton program yang dirakamkan ini. Yang lain pula menontonnya melalui persidangan video. Naskhah Bible yang bercetak akan tersedia pada bulan Julai atau Ogos 2022.

Semasa menyediakan terjemahan ini, pasukan penterjemahan perlu mengambil kira perbezaan antara dialek-dialek bahasa Iban dari kawasan yang berbeza. Sekumpulan pembaca dari tempat yang berlainan telah membantu para penterjemah mencari istilah yang dapat difahami oleh majoriti penutur bahasa Iban.

Terjemahan ini juga akan membantu saudara saudari untuk menjelaskan kebenaran Bible semasa menginjil. Contohnya, sebelum ini, mereka berasa susah untuk menjelaskan maksud Yohanes 4:24, terutamanya bahagian “semua [penyembah Tuhan] mesti menyembah-Nya dengan bimbingan kuasa suci-Nya dan kebenaran.” Terjemahan Bible bahasa Iban yang lain menterjemahkan ungkapan “menyembah-Nya dengan bimbingan kuasa suci-Nya” sebagai “menyembah-Nya dengan roh.” Dalam bahasa Iban, perkataan “roh” biasanya dikaitkan dengan “roh orang mati.” Oleh itu, orang yang berminat terhadap Bible berasa susah untuk memahami cara yang betul untuk menyembah Tuhan.

Seorang penterjemah berkata, “Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu kini terdapat dalam bahasa kami. Hal ini menunjukkan bahawa Yehuwa sangat mengasihi semua orang.”

Kita berdoa agar terjemahan ini akan membantu lebih banyak orang Iban untuk memahami Bible, menghampiri Tuhan, dan memuji nama Yehuwa.—Mazmur 117:1.