7 FEBRUARI 2022
MALTA
Saksi-Saksi Yehuwa Didaftar Secara Sah di Malta
Sebuah badan berdaftar baharu yang dikenali sebagai Saksi-Saksi Yehuwa di Malta (JW-Malta) baru-baru ini menjadi organisasi berdaftar di negara itu. JW-Malta mendapat Sijil Pendaftaran Orang Perundangan a pada 28 Disember 2021.
Saksi-Saksi Yehuwa telah diorganisasikan di Malta sejak 1970-an. Tetapi, selama bertahun-tahun, sidang-sidang hanya dapat sedikit pengiktirafan atau langsung tidak diiktiraf secara sah. Maka, sangat susah bagi sidang untuk memiliki harta atau membuka akaun bank. Pada 1994, Persatuan Pelajar Bible Antarabangsa (IBSA) menjadi persatuan yang tidak berdaftar di Malta. Walaupun IBSA mendapat hak tertentu, tetapi ia adalah sangat terhad. Pengiktirafan JW-Malta baru-baru ini menjadikan urusan pejabat jawatankuasa tempatan dan sidang-sidang di Malta jauh lebih mudah.
Memikir tentang pendaftaran ini, Saudara Joe Magri, ahli Jawatankuasa Tempatan Malta berkata, “Iman kami dikuatkan semasa melihat cara Yehuwa bantu kami mendapat pengiktirafan sah. Dia beri kami bantuan menerusi saudara saudari dari Bahagian Perundangan di Britain serta ibu pejabat sedunia untuk menjayakan pendaftaran ini. Dengan adanya nama Yehuwa dalam entiti perundangan yang baharu ini, kami amat berbesar hati dapat menyokong kepentingan Kerajaan Tuhan dan memuji Yehuwa dengan lebih menyeluruh.”
Kini, terdapat lebih daripada 800 Saksi di Malta, yang berkhidmat dalam 11 sidang. Kami bersukacita kerana kerja “menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan,” yang dimulakan oleh Rasul Paulus di Malta hampir 2,000 tahun dahulu, dapat terus maju “tanpa halangan.”—Kisah 28:1, 30, 31.
a Dalam sistem undang-undang, “orang perundangan” termasuk individu, syarikat, dan perbadanan yang lain.