Lompat ke kandungan

23 DISEMBER 2022
MAURITIUS

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Kreol Mauritius

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Kreol Mauritius

Pada 17 Disember 2022, Saudara Louis Breine, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Perancis, mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Kreol Mauritius. a Rakaman program ini disiarkan kepada lebih daripada 2,200 hadirin. Salinan digital dan bercetak Bible baharu ini kini tersedia.

Bahasa Kreol Mauritius biasanya dituturkan oleh orang yang tinggal di Mauritius, sebuah pulau di barat daya Lautan Hindi. Keluasan pulau itu kira-kira 2,007 kilometer persegi, dan terletak sekitar 800 kilometer dari Madagascar. Pada tahun 1933, Saksi-Saksi Yehuwa dari Afrika Selatan mula menginjil di pulau ini. Sidang pertama telah ditubuhkan pada 1951, dan perjumpaan Kristian diadakan dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa rasmi di Mauritius.

Selain terjemahan Bible ini yang telah dikeluarkan oleh para Saksi, hanya terdapat satu lagi terjemahan Kitab Yunani Kristian dalam bahasa Kreol Mauritius. Tetapi, terjemahan itu tidak mengandungi nama Tuhan, iaitu Yehuwa. Sebaliknya, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu menggunakan nama Yehuwa sebanyak 237 kali. Selain itu, Bible ini menggunakan kata-kata yang mudah difahami.

Semasa pandemik COVID-19 melanda, para penterjemah terpaksa menghentikan kerja mereka buat seketika waktu. Seorang penterjemah menjelaskan, “Kami sangat gembira apabila kerja kami dapat disambung semula. Kami melakukannya dengan semangat yang membara. Projek ini bergerak maju dan dengan cepat sekali. Akhirnya, kami dapat menyiapkan projek ini sebelum tarikh yang telah kami tetapkan sebelum pandemik.”

Kita yakin terjemahan Bible baharu ini akan membantu saudara saudari kita tetap kuat secara rohani.—Yesaya 65:13.

a Jawatankuasa Cawangan Perancis bertanggungjawab menyelia kerja penyebaran di Mauritius.